Motosikal elektrik buatan Singapura bakal serang rantau Asia Tenggara

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak Singapura mengumumkan bahawa ia akan mula membenarkan motosikal elektrik berkuasa lebih dari 10kW untuk digunakan di atas jalanraya biasa seperti motosikal berenjin mulai April lalu, usaha untuk menghasilkan motosikal elektrik terus muncul.

Antara yang telah membuat pelaburan ialah Scorpio Electric, sebuah syarikat Singapura yang mempunyai fasiliti pejabat dan dewan pameran sebesar 7,000 meter persegi serta gudang dan kilang pemasangan seluas 4,000 meter persegi, kedua-duanya di Teban Gardens.

Menurut Ketua Operasi Sementaranya, Muhammad Taureza, walaupun bekalan komponen mengalami sedikit gangguan kerana wabak coronavirus, syarikat itu masih mensasarkan ia akan melancarkan motosikal elektrik pertamanya pada pertengahan tahun ini.

 

 

"Segala komponen itu akan dibuat di lokasi lain tetapi pemasangan akan dibuat di Singapura," ujarnya kepada Channel News Asia.

Ketua Pegawai Teknologi Scorpio Electric, Tham Kwang Sheun berkata penggunaan sistem elektronik pintar mampu menjadikan motosikal elektrik mereka itu lebih cekap tenaga.

"Ia turut menggabungkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan analisa maklumat akan menjadikan motosikal ini pintar," tambahnya.

"Bayangkan bila anda duduk sahaja di atas pelana, motosikal kami sudah boleh memberikan cadangan laluan yang lebih baik, serta berapa banyak jumlah tenaga yang bakal digunakan untuk perjalanan tersebut," kata Tham.

 

 

Tham yang pernah menjadi ketua bahagian kenderaan autonomi untuk Jabatan Pengangkutan Darat Singapura memberitahu motosikal elektrik mereka ada menggunakan komponen-komponen dari sumber bio yang boleh dikitar semula.

Satu lagi syarikat motosikal elektrik dari Singapura, Ion Mobility percaya motosikal elektrik mempunyai potensi yang besar di Asia Tenggara.

Ia percaya pengguna di Asia Tenggara seperti di Indonesia mahu menggunakan motosikal elektrik kerana ia tidak mencemarkan udara.

 

 

 

Ion Mobility sepatutnya melancarkan produk pertama mereka, Model 1 di Jakarta pada suku ketiga tahun ini tetapi ia ditunda kerana COVID-19.

Ia mensasarkan pegangan pasaran sebanyak 1 peratus dari jumlahh jualan tahunan motosikal di Indonesia. Tahun lalu, negara itu menjual sebanyak 6.5 juta motosikal baharu.

Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran ketiga terbesar untuk motosikal selepas India dan China. 

Dianggarkan ada sekitar 200 juta unit motosikal di seluruh rantau ini sekarang. 


* Berita asal dari CNA

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, status model Ioniq tersebut kini naik satu aras menjadi sebuah sub-jenama di bawah Hyundai…
Berita Global
Awal tahun ini, Fisker menampilkan model SUV elektrik Ocean yang dikatakan bakal memberikan saingan…
Berita Global
Kini, sebuah produk kereta elektrik baharu telah pun lahir 'dari' kedua-dua jenama tersebut, namun…