Motosikal ditunggang bertiga, kanak-kanak 7 tahun maut, abang dan rakan cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto NST
Murid tahun satu maut selepas motosikal ditunggang bersama abang dan rakannya terbabit kemalangan dengan van di Jalan Baling/Weng/ Tanjung Pari dekat Kampung Charok Putih di Baling, pada Khamis.

Mangsa Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu berusia tujuh tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Abangnya yang berusia 10 tahun selaku penunggang cedera di leher dan luka pada badan, manakala rakan mereka juga berusia 10 tahun patah kaki kanan.

Motosikal terbabit difahamkan milik bapa saudara dua beradik terbabit dan mereka bertiga tidak memakai topi keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika van dipandu lelaki 26 tahun yang bergerak di laluan lurus, tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bacaan sepenuhnya di NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Aveta Care on Wheels merupakan satu inisiatif selepas jualan yang direka untuk memberikan bantuan…
Berita Domestik
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, faktor utama kemalangan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan menghalang laluan…