Motosikal bergerak tanpa penunggang, polis beri penjelasan

oleh Penyumbang Rencana|
foto tular/foto Harian Metro
Polis berjaya mengesan pemilik motosikal Modenas GT 128 yang tular rakaman video kenderaan berdurasi 39 saat itu bergerak sendiri tanpa penunggang di Lebuhraya Persekutuan dekat Petaling Jaya, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya terkesan rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dash cam) mengenai kejadian itu pada 10.07 malam.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Siasatan mendapati terdapat kemalangan membabitkan dua motosikal di laluan motosikal yang menyebabkan penunggang terjatuh. Motosikalnya bergerak masuk ke laluan utama di lokasi kejadian dan terakam dashcam sebuah kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

Polis telah mengesan pemilik akaun media sosial dan melalui rakaman dashcam miliknya berjaya mengesan mangsa.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan dan telah membuat laporan polis pada Khamis.

Artikel sepenuhnya di Harian Metro