Motorhome mewah Dembell mampu memuatkan sebuah Ferrari di garaj belakang

oleh Mohamad Hanif|
Dembell merupakan pendatang baharu di dalam industri perniagaan motorhome, dan mereka membawakan sebuah model motorhome yang boleh disifatkan sebagai 'kapal layar darat' yang paling mewah pernah dihasilkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motorhome mewah ini menggunakan asas daripada Mercedes Actros tiga gandar di mana ia menawarkan pelbagai jenis kemudahan yang khusus untuk berkelana dengan selesa, selain mempunyai garaj pop-out dan boleh memuatkan sebuah kereta sports kompak!
 

garaj


Terdapat tiga pakej yang ditawarkan untuk garaj tersebut, di mana pakej asas dinamakan sebagai Side Package Room dan mampu memuatkan basikal, kuadsikal ataupun motosikal.

Pakej kedua pula digelar Small Garage dan boleh memuatkan sebuah kereta sebesar Smart Fortwo, manakala pakej Large Garage pula boleh menampung sebuah kereta sports dengan panjang kurang dari 4.5 meter, seperti sebuah Ferrari California (bukannya Ferrari Roma seperti dalam gambar rajah).

Untuk memuatkan sebuah kereta, anda mungkin terpaksa mengorbankan sedikit ruang tidur yang terletak di bahagian belakang motorhome ini.
 

Dembell


Selain daripada garaj itu tadi, Dembell juga turut menawarkan sehingga tiga ruang yang boleh diluncur keluar (slide-out) untuk ruang rehat, ruang dapur mahupun ruang tidur bagi menawarkan keselesaan yang tersendiri. Ini menjadikan ruang dalaman yang jauh lebih luas berbanding dimensi asal.

Kelengkapan seperti dapur induksi, peti sejuk 224 liter, pembasuh pinggan mangkuk dan ketuhar gelombang mikro diperoleh daripada Miele sementara sistem hiburan pula dilengkapkan dengan unit bunyi keliling daripada Bose. Tidak ketinggalan, kombinasi mesin basuh dan mesin pengering juga turut tersedia!

Untuk ruang tidur serta ruang tamu, anda boleh memilih untuk memasang televisyen sebesar sehingga 55 inci.
 

Dembell


Untuk kegunaan perjalanan jauh, Dembell turut memasang tangki air berkapasiti 1,000 liter, serta tidak ketinggalan  sistem panel solar dengan penjana kuasa onboard untuk kuasa yang diperlukan oleh peralatan elektrik dan elektronik itu tadi.

Di bahagian luar motorhome sporti yang diinspirasikan daripada RV yang kerap kali digunakan oleh pasukan sukan permotoran adalah sistem parasol elektrik dengan keluasan 6.3 x 3.5 meter lengkap dengan penderia angin.
 

Dembell


Tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini, namun yang pasti anda memang memerlukan sumber duit yang cukup banyak untuk memiliki sebuah motorhome Dembell ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…