Motorhome Mercedes-Benz T2 609D - retro tapi moden di dalam!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum penulis sempat berangan-angan untuk mendapatkan sebuah bas lama Mercedes a.k.a Bas Mini Wilayah, segera penulis membuat pencarian ringkas di internet sebelum kecewa sendirian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana tidak banyak iklan yang muncul disebabkan bas tersebut sendiri sudah terlalu lama diproduksikan, dan kali terakhir penulis melihat di dunia nyata, keadaan bas tersebut didapati terbiar dengan lantar yang bocor dimakan karat. 

 


Bas Mercedes-Benz 0 309 merupakan varian bas kepada model kenderaan komersil ringan Mercedes-Benz T2 yang turut sama menghasilkan varian lain seperti van kargo, van penumpang serta trak pikap. 

Versi yang dipaparkan kali ini berasal dari United Kingdom, hasil kerja tangan syarikat Supertramped Co. yang pakar dalam membikin motorhome berdasarkan bas-bas lama yang pernah berkhidmat di Eropah. 
 


Menggunakan model Mercedes-Benz 609D, Supertramped Co. berjaya mengubahnya menjadi sebuah motorhome berkonsepkan retro, dan bila mana penulis katakan retro, ia merangkumi kesemua aspek yang boleh dilihat dengan mata kasar. 

Ia termasuklah kehadiran suis-suis yang klasik (kampung anda mesti ada punya!), panel-panel yang diperbuat daripada kayu untuk menyimpan makanan dan perkakas, serta ruang tandas dengan bumbung yang terbuka. 

Manakala bahagian luar Mercedes-Benz T2 ini telah dicat dengan warna yang retro dua tona, serta set rim asli yang mengikut warna badan. 
 


Namun, disebalik penampilan retro ini, Supertramped Co. telah memasang perkakas moden seperti panel solar 520 watt, peti sejuk beku, dapur propana Smev, unit penapis air 240V dengan sistem osmosis berbalik tiga peringkat, booster WiFi, pembantu maya Alexa, sistem lampu yang boleh diaktifkan menerusi suara, dan sistem bunyi Rockford Fosgate dengan enam pembesar suara.

Syarikat UK ini bersedia untuk mengubah apa jua konsep yang anda inginkan, namun harus diingat, kos untuk menghasilkan motorhome ini sahaja bernilai $25,000 (RM102,263) tidak termasuk kos bas penderma!
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Tidak seperti model moden Aston Martin, Valour sememangnya membawakan pendekatan yang lebih retro,…
Pelancaran
Daripada 1,923 unit sahaja yang dihasilkan untuk satu dunia, 10 unit disediakan secara eksklusif…