Motorhome elektrik daripada Tesla. Mengapa tidak?

oleh Mohamad Hanif|
Motorhome (lebih dikenali dengan nama recreational vehichle, RV) kini merupakan salah satu gaya hidup nomad yang dikatakan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat barat, malah terdapat beberapa jenama yang terkenal mengeluarkan versi motorhome mereka bagi memenuhi keperluan komuniti tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi menyemarakkan lagi pasaran motorhome, sebuah syarikat pereka MadridMotorS telah menerbitkan imej bayangan sekiranya Tesla mengeluarkan motorhome mereka sendiri. 

Menurut laman web Compare the Market , motorhome ini memang mempunyai bentuk tradisional motorhome biasa.

 


Ini ialah kerana motorhome bayangan ini mengambil inspirasi daripada trak elekrik kelas 8 iaitu Tesla Semi dengan tambahan beberapa elemen yang menjadikan motorhome ini lebih futuristik dan tampak menarik berbanding motorhome sedia ada di pasaran. 

Sekiranya Tesla menjadikan projek motorhome ini sebagai sasaran seterusnya, mereka perlu mengambil kira kapasiti bateri yang diperlukan untuk menampung keperluan para penghuni nomad ini, dan berkemungkinan besar perlu memperbanyakkan lagi stesen pengecaj terutama di kawasan luar bandar. 
 


Selain daripada itu, penambahan panel solar di bumbung juga mampu menjana kuasa elektrik yang diperlukan sekiranya mereka menetap di kawasan yang ketiadaan punca kuasa untuk mengecaj kembali motorhome mereka, dan kuasa yang berlebihan akan disimpan pada PowerWall, produk simpanan tenaga tersendiri daripada Tesla. 

Secara peribadi, Careta sememangnya agak tertarik dengan motorhome bayangan daripada Tesla ini dan berharap suatu hari nanti dimana harga rumah sudah melambung tinggi, motorhome ini akan menjadi gaya hidup baharu kami. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…