MotoGP: Status GP Malaysia 2021 ditentukan hujung bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Status penganjuran perlumbaan MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan diumumkan menjelang akhir bulan ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengambil maklum situasi terkini dan masih mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencapai kata putus mengenai status penganjuran perlumbaan itu.

Tambah beliau, pihak SIC sudah membentangkan kepada KKM dan MKN cadangan prodedur operasi standard (SOP) yang perlu diambil sekiranya penganjuran perlumbaan tersebut diteruskan.

Pihak SIC juga turut mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP bagi memberikan keputusan muktamad mengenai penganjuran GP Sepang tahun ini.

Julai lalu, GP Sepang 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 29-31 Oktober telah diawalkan seminggu berikutan pembatalan GP Australia untuk musim kedua berturut-turut, susulan sekatan perjalanan masuk dan masalah logistik akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…