MotoGP perlihat layout Litar Mandalika, Indonesia untuk musim 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami telah menyiarkan berita berkenaan penyertaan negara jiran, Indonesia ke dalam kalendar MotoGP yang akan bermula pada musim perlumbaan tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Litar baharu yang sedang dibina di Mandalika, Lombok ini dikatakan masih lagi dalam pembinaan, namun laman rasmi Instagram MotoGP telah pun menyiarkan butiran lanjut berkenaan litar ini menerusi satu paparan video. 

Dibina di atas tanah berkeluasan 133.1 hektar, litar tersebut akan membentuk satu pusingan yang berjarak 4.32 kilometer di mana sebahagiannya akan berkongsi dengan struktur jalan dan lebuhraya awam. 

Sebanyak 19 selekoh akan ditampilkan di dalam litar ini, dan secara keseluruhannya kawasan ini mampu menampung kehadiran penonton seramai 150,000 orang. 

Antara kemudahan lain yang bakal dibina termasuklah ruang suite yang mampu menempatkan 7,700 orang, 40 ruang paddock, ruang persidangan, bilik pameran serta kemudahan pusat membeli belah yang terletak berhampiran. 

Sebagai perbandingan, Litar Antarabangsa Sepang yang menjadi lokasi MotoGP saban tahun memiliki jarak pusingan sejauh 5.543 kilometer dengan lima belas selekoh

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…