MotoGP: Pencuri pecah masuk kem Angel Nieto

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasukan perlumbaan Angel Nieto (dahulunya dikenali sebagai Aspar Racing Team) mengalami nasib malang apabila kem mereka dimasuki pencuri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan laman web Lalasport, komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat-alat bengkel dan pemanas tayar.

Menurut Gino Borsoi, pengurus pasukan Angel Nieto, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.

"Komponen untuk jentera Moto2 tidak dicuri, cuma beberapa alatan spesifik seperti alatan untuk membuka roda dan skru pengikat cakera brek motosikal biasa," ujarnya.

Namun begitu, pasukan SKY VR46 dan juga syarikat penyerap hentak WP turun memberikan bantuan alat ganti untuk pasukan tersebut.

Pengurus pasukan Valentino Rossi itu, Pablo Nieto berkata mereka meminjamkan dua set lengkap penyerap hentak berharga hampir Euro 3,000 untuk jentera Moto3 kepada pasukan Angel Nieto.

"Pasti saya akan menolong Angel Nieto kerana pasukan itu mempunyai nama ayah saya!" kata Pablo.

Sumber rapat dengan Litar Antarabangsa Sepang berkata kes ini sedang disiasat dengan mendalam dan pengurusan SIC dikatakan sangat kesal akan kejadian tersebut.

Walaubagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dari SIC lagi semasa laporan ini ditulis.

 


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…