Acara itu menandakan pengumuman Grand Prix PETRONAS Malaysia 2024 (MotoGP Malaysia) yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024 di Litar Antarabangsa Sepang.

Tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam ulang tahun ke-25 Litar dan MotoGP Malaysia dihoskan di Sepang, dengan tambahan ‘After Race Fest’ sebagai pengalaman menarik tambahan kepada peminat.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkongsi, “Kami sangat teruja untuk meraikan kejayaan besar ini dengan barisan yang luar biasa di festival itu.”
“Tahun ini sangat istimewa kerana kami meraikan 25 tahun sejak PETRONAS SIC membuka pintunya pada tahun 1999.” tambahnya.
Beliau mengucapakan penghargaan kepada HIFIVE Entertainment kerana hadir sebagai rakan kongsi strategik untuk festival ini.
Beliau turut mengumumkan harga tiket festival eksklusif untuk peminat MotoGP Malaysia pada harga hanya RM500, tersedia mulai sekarang hingga 31 Ogos 2024.
“Rakan Gelaran kami, PETRONAS, juga meraikan ulang tahunnya yang ke-50 dan dengan musim MotoGP 2024 menandakan 75 tahun perlumbaan, acara ini merupakan perayaan sebenar perpaduan kita sebagai satu negara, satu komuniti, dan satu keluarga perlumbaan.

“Saya tidak sabar untuk mengalu-alukan semua peminat untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.” tambah Azhan.
Adam Adli turut menambah “MotoGP Malaysia menandakan komitmen Kerajaan yang telah memberi manfaat besar kepada komuniti sukan permotoran dan negara kita.
“Sejak 1999, PETRONAS SIC telah berjaya menganjurkan 25 acara MotoGP Malaysia, menunjukkan keupayaan kami untuk menganjurkan acara bertaraf dunia.” tambahan
Anjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa ini telah memupuk ekosistem sukan permotoran yang mampan, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pelancongan dan memperkasakan belia kita dengan laluan profesional melalui program seperti Rakan Litar.
Ini mencerminkan dedikasi kami dalam memupuk kecemerlangan dan inovasi dalam sukan ini dan menyokong bakat baru muncul seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan dalam usaha mereka untuk menjadi juara dunia,” kata Adam Adli.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS Siti Azlina Abdul Latif berkata, “PETRONAS berbangga untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan sukan permotoran di Malaysia dan di peringkat global.
“Penglibatan kami mencerminkan semangat kami untuk prestasi dan dedikasi kepada pembangunan bakat serta kemajuan teknologi.”tambahnya.
Selaras dengan inisiatif Malaysia Madani Kerajaan dan untuk menjadikan sukan lebih mudah diakses, PETRONAS SIC membawa kembali Tiket Rahmah yang boleh didapati pada harga RM49.90.

Terdapat juga promosi istimewa diskaun 25 peratus disediakan sehingga 20 September 2024 sempena sambutan Hari Merdeka.
Di sebalik perlumbaan yang bakal memberi aksi-aksi menarik, peminat juga boleh menikmati pelbagai aktiviti luar trek yang menarik.
PETRONAS SIC memulakan minggu perlumbaan dengan sesi Meet and Greet yang menampilkan pelumba MotoGPTM dengan kerjasama PETRONAS.
Pada 1 November 2024, peminat boleh menikmati aktiviti popular seperti Public Pit Lane Walk dan Riders’ Autograph Session, yang menawarkan peluang untuk mendekati penunggang kegemaran.

Turut berlangsung aktiviti untuk merasai Night Track Tour Experience yang kembali mengikut permintaan ramai pada 1 November 2024.
Selain itu, peminat boleh terokai gabungan pelbagai aktiviti membeli-belah, hiburan, interaktif dan mesra keluarga di Karnival Mega MotoGP yang menampilkan lebih 100 jenama terkenal.
PETRONAS SIC sekali lagi memulakan Cabutan Bertuah Mega #MalaysianGP2024! Tiga pemenang bertuah akan menerima dua (2) motosikal Yamaha LC135 atau satu (1) motosikal Yamaha Y15 yang dihiasi dengan liveri edisi terhad SIC eksklusif, bernilai RM26,000.
Untuk mendapatkan tiket anda, sila layari www.sepangcircuit.com.
Kekal dikemas kini dengan mengikuti saluran media sosial PETRONAS SIC untuk berita dan aktiviti terkini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PETRONAS SIC Media.