MotoGP - Kawasaki jamin gerai anjur aktiviti menarik

oleh HEZERI SAMSURI|
Sempena MotoGP pada hujung minggu ini, Kawasaki Malaysia sudah siap menyediakan program-program untuk pemilik dan peminat jenama superbike Jepun itu.

Antara yang menjadi perhatian ialah konvoi lebih dari 300 buah motosikal, bermula dari Padang Merbok di Jalan Parlimen sehingga ke litar Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konvoi yang berlangsung pada pagi Ahad 29 Oktober ini akan dirasmikan oleh Datuk Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).

Kepada yang akan mengunjungi litar Sepang sempena MotoGP, jangan lupa singgah di gerai Kawasaki kerana KMSB sudah menyediakan pameran kesemua model-model motosikal mereka seperti replika Ninja ZX-10R WSBK yang memenangi Kejuaraan Superbike Dunia untuk tahun 2013, 2015 dan 2016.

 

 

 

Ninja X-10RR juga ada dipamerkan, model asas untuk motosikal yang menjadi juara Kejuaraan Superbike Dunia  tahun ini.

Model H2 dan H2R juga akan dipamerkan - dua model hebat dengan teknologi supercharged.

Selain dari pameran motosikal, ada dijual cenderahati, pakaian dan barangan Kawasaki dengan harga yang menarik dan juga diskaun untuk item tertentu.

Nestle akan menyediakan kopi di sudut Kawasaki Coffee Break di gerai itu sementara wakil syarikat insurans Tokio Marine Insurance akan ada di situ untuk anda bertanyakan soalan-soalan akan produk insurans mereka.

Untuk info lanjut, layari laman web mereka di http://kawasaki.com.my dan Facebook Page mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…