Menurut Yamaha, pelumba Itali yang merupakan juara dunia sembilan kali itu itu perlu menunjukkan keputusan negatif dua kali berturut-turut sebelum dibenarkan berlumba kembali.
Ujian yang dilakukan terhadap pelumba berusia 41 tahun pada Selasa lalu menunjukkan keputusan positif, namun beliau mengambil satu lagi ujian pada hari Rabu.
Sekiranya keputusan tersebut negatif, Rossi bakal mempunyai masa untuk ujian kedua sebelum dibenarkan terbang ke Valencia dari Itali.
Rossi merupakan pelumba MotoGP pertama yang disahkan positif jangkitan coronavirus.
"Nasib saya baik apabila masih lagi mempunyai dua peluang untuk kembali beraksi pada Jumaat atau Sabtu. Namun, saya berasa sedih kerana saya sebenarnya berasa amat sihat, dan tidak sabar untuk kembali mengendalikan jentera M1 dan bersatu dengan pasukan saya," ujar Rossi.
Sebelum ini beliau terlepas peluang untuk beraksi di MotorLand Aragon selepas dijangkiti virus, menjadikan Maveric Vinales satu-satunya pelumba Yamaha yang beraksi pada ketika itu.
Sumber: Reuters