MotoGP batal perlumbaan di Kazakhstan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari MotoGP
MotoGP membatalkan perlumbaan pertamanya di Kazakhstan kerana Litar Antarabangsa Sokol belum siap dan tidak akan menggantikannya seterusnya menyaksikan perlumbaan musim ini hanya 20 pusingan.


Kazakhstan September lalu bersetuju dengan perjanjian lima tahun untuk mengadakan perlumbaan di litar yang terletak di luar Almaty itu bagi perlumbaan MotoGP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai pusingan kesembilan.

MotoGP berminat untuk meluaskan kehadirannya di Asia, dengan India juga bersedia menganjurkan perlumbaan sulung pada September di Litar Antarabangsa Buddh berhampiran New Delhi.

Pembatalan Kazakhstan menyaksikan perlumbaan itu akan berehat selama enam minggu selepas berakhir saingan di Belanda pada 25 Jun dan bersambung semula di Grand Prix British pada 6 Ogos.

 

Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun hasrat pembinaan lapangan terbang baharu adalah untuk menarik lebih ramai pelancong, ia…
Berita Global
  Cathay dalam satu kenyataan berkata langkah dilaksanakan apabila kerajaan Jepun mengehadkan…
Berita Global
Menurut Akio Toyota, pengerusi JAMA dan juga presiden Toyota Motor, pihak persatuan bersetuju untuk…