MotoGP 2022: SIC tunggu lampu hijau

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Michelinmotorsport
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Okt ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan pihak berkuasa selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022 yang bermula esok sehingga Ahad ini.

“Masih dalam peringkat mohon kelulusan, kami amat berharap lepas ujian musim sejuk dapat kelulusan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara untuk anjur perlumbaan MotoGP pada bulan Oktober nanti,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan penganjuran acara berkenaan di sini, hari ini.

Situasi pandemik COVID-19 menyebabkan perlumbaan MotoGP di sini dibatalkan buat dua tahun berturut-turut iaitu bagi musim 2020 dan 2021.

Mengenai Ujian Musim Sejuk kali ini, Azhan berkata pihaknya telah pun bersedia untuk menganjurkan acara itu dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu.

Mengulas mengenai isu seorang pelumba MotoGP yang didakwa melanggar peraturan gelembung sukan di sini, Azhan mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam ujian itu supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penganjur iaitu Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) serta Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelumba itu, selain berharap penganjur juga mengenakan tindakan sewajarnya.

“Kami amat memandang serius isu ini kerana tidak mahu kredibiliti SIC terjejas akibat kesalahan dilakukan pelumba terlibat,” katanya.

Sebuah portal antarabangsa (motorsport.com) melaporkan SIC mengeluarkan amaran kepada seorang pelumba selepas didakwa melanggar peraturan gelembung sukan dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, kira-kira 35 kilometer (km) dari litar berkenaan semalam.

Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian berkenaan hanya dibenarkan tinggal di sebuah hotel dan berulang-alik ke litar sahaja.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…