MotoGP 2021 - GP Australia dibatalkan, GP Sepang diawalkan seminggu

oleh Mohamad Hanif|
FIM mengemaskini jadual perlumbaan MotoGP untuk musim perlumbaan, di mana terdapat beberapa perubahan yang telah dibuat memandangkan pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda buat masa ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan perubahan tersebut, GP Australia yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober kini dibatalkan, dan ia hanya akan kembali menganjurkan MotoGP pada tahun 2022.

Sementara GP Sepang pula diawalkan seminggu pada tarikh yang sama (22-24 Oktober), berbanding tarikh terdahulu 31 Oktober 2021 dan ia bakal berlangsung selepas penganjuran GP Thailand pada 15-17 Oktober ini.

Serentak dengan itu, FIM juga turut mengumumkan penambahan lokasi baharu GP Algarve bertempat di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao pada 5-7 November ini.

 


Sumber: MotoGP