MotoGP 2020 bakal bermula 19 Julai ini, giliran Malaysia belum diputuskan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa perlumbaan yang telah diatur dibatalkan akibat COVID-19, penganjur sukan berprestij MotoGP baharu sahaja mengumumkan jadual perlumbaan yang telah dikemaskini.

Jadual baharu tersebut menyaksikan sehingga 13 pusingan perlumbaan telah pun disahkan tarikhnya, manakala baki empat perlumbaan sedang menunggu giliran untuk disenaraikan.

Sesi perlumbaan pertama dan kedua akan berlangsung di Jerez pada 19 dan 26 Julai ini, dan diikuti oleh beberapa buah litar di sekitar Eropah sehingga 15 November ini, menyaksikan format perlumbaan diadakan dua minggu berturut-turut dalam satu litar yang sama.

Format ini berkemungkinan besar digunakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 selain kekangan bajet akibat pembatalan perlumbaan yang terpaksa dihadapi awal tahun lalu.

Baki lagi empat pusingan perlumbaan (Amerika, Argentina, Malaysia dan Thailand) hanya akan ditentukan menjelang 31 Julai ini.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

MotorGP
Tiga lokasi yang dimaksudkan adalah di Argentina, Thailand dan juga di Malaysia. Namun begitu,…
Pelancaran
Menurut Ross Shields, Pengarah Komersial 2 Roda Michelin Asia berkata, "keempat-empat produk baharu…
MotorGP
Beliau muncul sebagai pelumba kedua Perancis yang memenangi kelas premier sejak rakan senegara…