MotoGP 2019 - FIM perkenal standard helmet baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Musim MotoGP tahun hadapan akan melihat standard keselamatan helmet terbaharu yang diwajibkan untuk kegunaan ketika perlumbaan berprestij tersebut.

Menurut Fédération Internationale de Motocyclisme  atau FIM, Standard FIM itu akan diwajibkan untuk helmet-helmet bagi kegunaan berlumba siri MotoGP, Moto2 dan Moto3.

Piawaian terbaharu itu adalah lebih ketat dari Standard terkini oleh ECE, JIS dan Snell yang digunakan oleh pembuat-pembuat helmet sekarang. 

Untuk mendapat kelulusan FIM, helmet-helmet itu akan melalui ujian-ujian yang lebih lengkap dan terkini, termasuk ujian keselamatan untuk pelbagai jenis impak dari kelajuan rendah, pertengahan dan tinggi dan juga ujian penembusan.

Label homologasi FIM akan memaparkan satu QR Code untuk membantu penganjur perlumbaan mengenal-pasti helmet-helmet yang ditelah digunakan.

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
  Semasa pasukan Honda Petronas MIE Racing terus bersaing dalam Superbike Dunia dengan pelumba - …
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak MAM menjelaskan kedudukan MAM sebagai ahli gabungan FIM tidak…