Moto2 dan Moto3 guna bahan api Petronas mulai 2020

oleh HEZERI SAMSURI|

Dorna Sports, pemegang hak untuk perlumbaan MotoGP sebentar tadi mengumumkan bahawa Petronas akan menjadi penaja rasmi bahan api untuk perlumbaan Moto2 dan Moto3 bermula dari tahun 2020.

Selain dari membekalkan bahan api kepada perlumbaan dua kategori tersebut, perjanjian itu juga melibatkan penajaan iklan Petronas di litar-litar MotoGP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan CEO untuk Petronas, penajaan MotoGP ini adalah kesinambungan kolaborasi dengan pasukan Petronas Sepang Racing Team.

Ia juga satu detik yang dibanggakan di mana produk Petronas Fluid Technology Solutions diiktiraf sebagai bahan api dan pelincir yang cukup efisien dan berprestasi tinggi untuk arena perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa.

CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta pula berpendapat nama Petronas sinonim dengan kejayaan dan adalah antara jenama yang terkenal di dalam sukan lumba motor modern.

"Petronas sudahpun menunjukan kecemerlangan mereka dengan pasukan-pasukan di dalam MotoGP, Moto2 dan Moto3. Kami berbangga kecemerlangan itu akan menjadi bahan api kepada antara perlumbaan yang paling menarik di dunia," sambung Carmelo.

Penajaan Petronas untuk bahan api bagi Moto2 dan Moto3  serta pengiklanan di litar-litar MotoGP akan bermula dari tahun 2020 sehingga 2022.

Kontrak tiga tahun ini dijangka bakal melonjakan lagi nama Petronas di pasaran global, seperti apa yang berlaku kepada Repsol dan lain-lain.

* Gambar dari MotoGP.com

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…