Moto Trainer - Berlatih cecah siku dan lutut ala MotoGP di rumah

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan pada ketika ini perintah kawalan pergerakan masih lagi dilaksanakan, dan tidak banyak peluang yang diperoleh untuk anda mengasah bakat menunggang, ini merupakan satu cara yang sesuai dan selamat untuk dipraktikkan di rumah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemegang hak MotoGP, Dorna telah bekerjasama dengan Moto Trainer untuk membangunkan sebuah simulasi tunggangan termaju.

Binaan rig tersebut menampilkan struktur sebuah motosikal yang sebenar, dan ia turut hadir dengan sistem yang mampu menganalisa pulasan pendikit dan penukaran gear yang menghampiri keadaan tunggangan di dalam dunia sebenar.

 


Malah, anda juga boleh belajar untuk mengambil selekoh dengan cara yang lebih selamat tanpa perlu risau akan kecederaan siku dan lutut.

Menurut laporan, rig tersebut telah dimuatkan dengan semua litar rasmi MotoGP dan anda boleh membanding bezakan prestasi tunggangan anda di litar tersebut dengan catatan masa sebenar pelumba MotoGP.

Seperti permainan arked, anda juga boleh 'membaringkan' motosikal sehingga sudut 50 darjah untuk mempelajari pemindahan berat dan merasai sendiri kadar cengkaman ketika mengambil selekoh.

 


Rig simulasi MotoGP ini merupakan sebahagian daripada usaha Dorna untuk memperkembangkan lagi e-sukan, dan sudah pasti  harganya tidaklah terlalu murah.

Ini kerana, spesifikasi penuh yang merangkumi perisian, rangka dan ramp, komponen penting 'lean engine' dan 'fork engine' memerlukan anda mengeluarkan duit sebanyak 13,000 Euro (RM63,887).

Sementara binaan rig yang asas tanpa sebarang komponen yang memberikan perasaan tunggangan yang sebenar hanyalah bernilai sekitar 5,000 euro sahaja (RM24,571).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif menaruh harapan permohonan penganjuran GP…
MotorGP
Khairul Idham yang terkenal dengan jolokan Super KIP, berlepas awal pagi tadi selepas diberi…
Informasi
  Promoter kejuaraan, Dorna ketika ini sedang menunggu kelulusan kerajaan Sepanyol untuk memulakan…