Moto Morini X-Cape 650 2022 kini di Malaysia, dari RM39,999

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike baru-baru ini melancarkan dua buah motosikal adventure baharu, iaitu Moto Morini X-Cape 650 dan 650 X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kelengkapan, Moto Morini X-Cape 650 hadir dengan penyerap hentak Marzocchi di depan, diikuti penyerap hentak boleh laras KYB di bahagian belakang, sistem brek anti-kunci (ABS), angkup Brembo empat omboh dengan dwi-cakera 255 mm di depan, serta angkup omboh berkembar dengan cakera tunggal 255 di bahagian belakang.
 

XCape


X-Cape 650 menggunakan kerangka trellis keluli dengan lengan ayun diperbuat daripada bahan aluminium, dengan ketinggian pelana 810 mm (835 mm untuk versi 650 X), serta rim aloi aluminium (atau rim jenis lidi jejari untuk versi 650 X).

Segala info boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT bersaiz tujuh inci berdefinisi tinggi menggunakan sistem LINUX, selain menyokong fungsi Bluetooth dan antaramuka bercirikan Itali.
 

Moto Morini


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 18 liter yang mampu memberikan jarak tunggangan yang lebih jauh.

Kedua-dua versi dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc yang berupaya menghasilkan 60 hp @ 8,250 rpm dan daya kilas 56 Nm @ 7,000 rpm.
 

X-Cpe


Harga jualan Moto Morini X-Cape 650 bermula dari RM39,999 sementara varian 650 X yang dilengkapi dengan crash guard, bash plate, engine guard dan rim lidi itu pula berharga RM43,499.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal…
Berita Domestik
Jenama Moto Morini merupakan salah satu daripada 10 jenama motosikal terbaik di Eropah, dengan…