Moto Guzzi V7 Stone Centenario kini di Malaysia - unit terhad, harga dari RM72,900

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-100 jenama Moto Guzzi, pihak Didi Resources selaku pengedar rasmi jenama itu melancarkan model V7 Stone Centenario untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam unit yang sangat terhad, V7 Stone Centenario membawakan layangan warna dan liveri khas 100 tahun, seperti contoh pandel sisi berwarna hijau, kemasan emas pada logo helang, kemasan satin-finished metal pada tangki bahan api serta logo 100 tahun Moto Guzzi.
 

V7


Dari segi kuasa, V7 Stone Centenario hadir dengan enjin V-twin 90 darjah bersesaran 853 cc sejukan udara dengan angka output 65 hp @ 6,800 rpm dan 73 Nm @ 5,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik hadapan 40 mm sementara bahagian belakang pula didatangkan dengan lengan ayun dan penyerap hentak berkembar yang didatangkan dengan ciri larasan pra-muatan.
 

V7 Centenario


Sistem pemberhentian pula mendapat brek Brembo dengan angkup empat omboh dan rotor 320 mm di depan, sementara bahagian belakang pula mendapat angkup omboh berkembar dengan rotor 260 mm, dibantu dengan ABS dua saluran.

Tangki bahan api pula adalah sebesar 25 liter, diikuti dengan pelana dengan tahap ketinggian 780 mm.
 

V7


Ciri standard yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED menyeluruh serta lampu DRL, paparan LCD, dan tidak ketinggalan sistem kawalan cengkaman MGCT dan ciri ABS dua saluran yang disebutkan tadi.

Harga jualan bermula dari RM72,900.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…