Moto Guzzi V7 Stone buat kemunculan di Konsert M. Nasir

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan Moto Guzzi V7 Stone Centenario pada penghujung tahun yang lepas, Didi Group baru-baru ini memperlihatkan versi standard Moto Guzzi V7 Stone dengan harga yang lebih rendah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera V7 Stone itu diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Konsert Dato M. Nasir, Satu Hari di Hari Raya bertempat di Dewan Merdeka WTCKL.
 

Moto Guzzi


Dari segi kuasa, ia membawakan nadi v-twin 850 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 65 hp @ 6,800 rpm, dan daya kilas 73 Nm @ 5,000 rpm, jauh lebih berkuasa berbanding angka output terdahulu (52 hp/60 Nm).

Berbanding dengan versi terdahulu, Moto Guzzi V7 Stone 2022 ini mendapat lebih banyak kelengkapan, dengan beberapa penambahbaikan seperti pemacu akhir cardan yang lebih besar, tayar belakang yang lebih lebar (150/70), serta sepasang sistem penyerap hentakan Kayaba.
 

Moto Guzzi


Selain itu, ia juga turut mendapat sistem pencahayaan LED penuh termasuk lampu DRL, kluster instrumen baharu, panel sisi baharu, mudguard belakang yang lebih pendek, sistem ekzos baharu, pelana jenis two-tier yang menawarkan keselesaan, dan tempat pemijak kaki baharu digunakan.

Harga jualan untuk seunit Moto Guzzi V7 Stone bermula dari RM62,900.