Moto Guzzi terjah dunia adventure dengan V85 TT

oleh HEZERI SAMSURI|
Moto Guzzi hadir ke Intermot dengan sebuah jentera adventure yang nampaknya mungkin akan menjadikan jenama Itali itu kembali bertenaga.

Walaupun bersifat ala Enduro klasik, model V85 TT ini mempunyai teknologi modern yang sesuai dengan zaman sekarang.

Antaranya ialah paparan meter digital sepenuhnya dan lampu-lampu LED.

Kerangka tiub keluli itu turut menggunakan unit enjin sebagai sebahagian dari rangka untuk menjadikan V85 TT sebuah jentera kukuh.

 

 

Enjin dua-silinder 90-darjah melintang 850 cc dua-injap sejukan udara ini menghasilkan 80 hp.

Sistem gantungan di belakang nampak seperti sepasang peredam hentak gaya lama tetapi sebenarnya ia adalah satu unit dengan piggyback. 

Mungkin Moto Guzzi tidak akan menjual TT ini sebanyak BMW menjual R1200 GS mereka tetapi bagi sebuah syarikat sebesar Guzzi, model ini pastinya akan membantu prestasi syarikat itu. 

guzzi 1

 

guzzi meter

 

 

guzzi side

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pengedar motosikal terbaharu yang dikenali sebagai Moto Guzzi kini akan dibuka di Kuala…