Moto Guzzi tawar kempen Ride Sekarang Bayar Kemudian

oleh HEZERI SAMSURI|
Moto Guzzi Malaysia menawarkan pakej Ride Now Pay Later untuk mereka yang berminat untuk memiliki motosikal ikonik dari jenama Itali tersebut.

Menurut Didi Resources, pengimport dan pengedar rasmi Moto Guzzi untuk pasaran tempatan, promosi ini membenarkan anda membawa pulang sebuah Moto Guzzi tanpa membayar apa-apa selama enam bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembeli bagaimanapun perlu mendapat pinjaman pembelian terlebih dahulu dan Didi Resources akan membayar ansuran enam bulan yang pertama (jumlah pembayaran maksimum untuk enam bulan itu ialah RM6,000).

Selepas itu, anda tetap akan membayar harga jualan motosikal tersebut (jangan buat-buat terlupa pula).

Di bawah ialah senarai pengedar rasmi Moto Guzzi di Malaysia.

  • Welly World Cycle No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2,
    • 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322
  • Stronghold Cycles @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13,
    • 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656
  • Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat,
    • 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932
  • Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah, Kuantan, Taman Seaview,
    • 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055

Promosi ini bermula dari 15 Jun sehingga 31 Ogos 2019.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Pelancaran Motosikal
Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,…