Motion R Design hasilkan kit badan lebar untuk Mustang Mach-E

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Mustang Mach-E berstatus sebagai kenderaan eletkrik, ia tidak pernah menidakkan hasrat sesetengah pihak untuk menjalankan modifikasi luaran terhadap crossover yang membawakan nama Mustang itu.

Salah satu contoh yang dibawakan adalah dari Motion R Design yang berpengkalan di Lancashire.

Motion R Design sebelum ini memiliki kepakaran menghasilkan kit-kit badan untuk model van Ford Transit dan Ford Ranger, akan tetapi mereka kali ini mengambil jalan yang berbeza terhadap crossover elektrik Blue Oval ini.

 


Antara perubahan yang ketara dibawakan adalah pemasangan 'gril' baharu, set rim kustom, spoiler liftgate, serta kit badan lebar yang merangkumi bampar hadapan dan belakang serba baharu, diffuser, serta arca roda yang menambahkan kelebaran crossover tersebut.

Kit badan ini boleh didapati menggunakan bahan gentian karbon tradisional, atau opsyen karbon forged.

 


Walaupun tidak menampilkan sebarang gambar ruang dalaman, Motion R Design akan menawarkan naik taraf upholsteri kulit Nappa penuh, roda stereng bawah rata daripada gentian karbon serta opsyen panel dalaman pintu daripada bahan yang serupa.

Aspek trenkuasa pula tidak disentuh, memandangkan di dalam keadaan yang cukup standard kilang, versi tertinggi Mustang Mach-E GT Performance Edition mampu menghamburkan angka output 480 hp dan 860 Nm, membenarkan pecutan sepantas 3.5 saat dari 0-100 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…