MOTAC kaji kebenaran rentas negeri

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mengkaji untuk membuka sempadan negeri sebagai langkah untuk memulihkan industri pelancongan tempatan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya sedang mengkaji saranan itu bersama pelbagai agensi lain dan beliau akan mengumumkan hasil perbincangan itu dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kementerian telah membuat senarai destinasi-destinasi percutian yang boleh dikunjungi apabila rentas negeri dibuka," ujarnya.

"Bukan sahaja pulau, tetapi termasuk lokasi-lokasi seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain-lain," tambah Nancy ketika menjawab soalan tambahan semasa sesi Dewan Rakyat.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) bertanya situasi pelancongan sekarang dan mahukan gelembung pelancongan dibuka kepada destinasi selain dari Langkawi dipercepatkan.

Langkawi menjadi projek perintis untuk gelembung pelancongan domestik pada 16 September lalu di mana agensi-agensi berkaitan akan melihat dan mengkaji kesan semasa dan selepas bagi mewujudkan SOP yang lebih tepat dan mengurangkan risiko agar negara boleh dibuka semula secara keseluruhan selepas hampir dua tahun segala operasi ekonomi tergendala kerana Covid-19.