MOT umum baucar tiket penerbangan RM300 untuk pelajar universiti awam

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan memaklumkan pelaksanaan inisiatif subsidi tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bermula hari ini (15 Ogos 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif tersebut dikhususkan untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan seperti yang telah diumumkan pada 12 Julai yang lalu.

Pelajar universiti awam kini boleh membuat semakan kelayakan menerusi laman sesawang Kementerian Pengangkutan di alamat: https://subsidiudara.mot.gov.my/.

Para pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan (Malaysia Airlines, MASwings, FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline).
 

300


Sebaik sahaja permohonan diterima, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 yang boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan. Sekiranya harga tiket kurang RM300, baki tersebut akan disimpan di dalam kredit untuk pembelian seterusnya.

Menurut kenyataan MOT, tarikh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Disember 2023, namun pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Pelajar yang tidak layak boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

Untuk makluman, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.