MOT saran dapatkan kebenaran PDRM sebelum guna pengangkutan awam merentas negeri

oleh Mohamad Hanif|
Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk tujuan perjalanan rentas negeri diingatkan supaya mendapatkan kebenaran atau permit perjalanan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Modenas

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran PDRM di balai polis berdekatan terlebih dahulu sebelum membeli tiket perjalanan bagi mengelakkan berlakunya kerugian yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pengguna pengangkutan awam," menurut Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan di sini hari ini. 

MOT mengambil maklum mengenai pergerakan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk perjalanan rentas negeri apabila syarikat penerbangan kembali membuka operasi untuk penerbangan domestik.

Dalam masa sama, katanya sebagaimana kenyataan media PDRM semalam, orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab sahih yang ditetapkan.

MOT turut menyarankan orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut ketika di dalam pesawat serta sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri.

Sumber: BERNAMA

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  "Berdasarkan kepada perjanjian Singapura-Malaysia, nisbah (kos) ialah 61:39, lebih kurang…
Berita Domestik
  "Kadar penjara maksimum yang sebelum ini 10 tahun akan ditingkatkan ke 15 tahun untuk kesalahan…
Berita Domestik
Turut terbabit di dalam mesyuarat yang diadakan siang tadi ialah wakil-wakil dari industri.…