MOT, KKR lancar Ops Bersepadu sempena Tahun Baru Cina 2023

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melancarkan Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bersempena Tahun Baru Cina 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pelancaran Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. 

 

Ops bersepadu


Kempen terbaharu ini mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat” yang akan bermula 18 hingga 28 Januari ini. 

Seperti setiap tahun, Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Berat akan dilaksanakan selama dua hari sebelum perayaan (20-21 Januari) dan dua hari selepas perayaan (24-25 Januari). 
 

ops


Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan risiko kemalangan akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan, selain mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

Tujuh kesalahan lalu lintas utama telah dikuatkuasakan sempena Ops Bersepadu tahun ini, iaitu: 

  • Memotong barisan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Tidak mematuhi isyarat lampu merah
  • Memandu melebihi had laju
  • Penggunaan telefon bimbit semasa memandu
  • Tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar
  • Memandu di lorong kecemasan

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka lebih awal mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi. 
 

Ops


Dalam tempoh yang sama, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengerahkan 2,000 orang penguatkuasa untuk melaksanakan inisiatif seperti: 

  • Kaedah penyamaran di atas Bas Ekspres
  • Pemantauan di 14 lokasi Enforcement Based Station (EBS) 
  • Pelaksanaan Perception of Being Caught (POBC)
  • Ops Khas Motosikal
  • Pra Ops Tahun Baru Cina di 77 depoh dan 28 terminal bas (14-17 Januari)

Kementerian Kerja Raya turut mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan menerusi Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. 
 

Ops


Sebagai langkah sementara, KKR mewartakan pengurangan had laju di Jalan Persekutuan kepada 80 km/j dan Jalan Negeri kepada 70 km/j berkuatkuasa 18-27 Januari 2023. 

Sepanjang tahun 2022, sebanyak 53 lokasi panas telah dibaik pulih dengan kos berjumlah RM17.2 juta, diikuti pemasangan lampu jalan di 40 lokasi berisiko kemalangan akibat jalan gelap. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…