MOT - kenderaan komersial tak perlu surat kebenaran tambahan rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan tidak perlu surat kebenaran tambahan untuk melakukan perjalanan merentasi negeri.


Sebaliknya mereka hanya perlu memohon surat kelulusan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT).


MOT dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, surat kelulusan diperlukan adalah yang dikeluarkan oleh kementerian itu sahaja menerusi sistem SMILE.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemandu dan kelindan bas ekspres, lori serta kenderaan komersial yang lain di bawah kategori perkhidmatan perlu hanya perlu memohon surat kelulusan MOT melalui sistem SMILE jika perlu melakukan perjalanan antara negeri.

 

"Pemegang surat kelulusan MOT tidak memerlukan surat kebenaran tambahan yang lain bagi perjalanan antara negeri sepanjang tempoh PKP 3.0 atau sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama mulai 1 hingga 14 Jun depan," jelas MOT.

 

SMILE adalah sistem yang dikhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier serta gudang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Justeru, MOT menasihati pekerja berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

 

"Seperti biasa, MOT menggesa seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP yang ketat seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata kenyataan MOT.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
"Kami sedang memantau kemajuannya dan mahu mereka menyiapkan projek ini. Sasaran kami adalah…