MOT harap peruntukan tinggi dari Belanjawan 2023 untuk tambah baik pengangkutan awam

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Bernama
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berharap kementeriannya (MOT) bakal mendapat peruntukan yang tinggi daripada Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat nanti untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Anthony berkata, pihaknya akan mengoptimumkan dan memastikan pengurusan yang baik peruntukan yang akan diterima nanti bagi memastikan keselesaan rakyat terutamanya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan.

“...bukan sahaja pengangkutan awam di Semenanjung tetapi juga di Sarawak dan Sabah yang kita juga ada perkhidmatan udara yang perlu kita berikan untuk kawasan-kawasan luar bandar.

“Kita juga mengharapkan untuk memberikan perkhidmatan bas di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak yang juga merupakan permintaan kita supaya mendapat peruntukan tambahan untuk memulakan satu sistem bas henti-henti yang lebih baik dan efisien di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program wawancara Naratif Khas terbitan RTM bertajuk ‘Transformasi Pengangkutan Negara’.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri terutamanya bagi negeri yang mempunyai kerjasama sedia ada dengan kerajaan Persekutuan dalam konteks penyediaan pengangkutan awam.

“Dalam aspek pengangkutan ini kita tidak melihat kepada perbezaan politik. Kita mesti menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana ini bersangkut dengan mutu kehidupan rakyat kerana apa yang penting kita nak perkasakan pengangkutan awam supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, beliau menambah masalah itu dilihat menjejaskan produktiviti…
Berita Domestik
  Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar berkata, ujian tersebut melibatkan sembilan syarikat pengeluar…
Berita Global
Sebagai sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, dekat pula dengan garisan khatulistiwa yang…