MOT bangunkan sistem digital untuk pembatalan pendaftaran kereta lusuh atau rosak

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan. sumber: NST
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang membangunkan satu sistem digital yang boleh digunakan untuk membatalkan pendaftaran kenderaan buruk atau rosak.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan Bernama, timbalan menteri MOT Datuk Hasbi Habibollah berkata sistem itu bertujuan untuk memudahkan individu yang berhasrat melupuskan kenderaan buruk atau rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kenderaan buruk seterusnya dilupus syarikat pelupusan sisa pepejal atau Authorized Automotive Treatment Facilities (AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan ditetapkan agensi berkaitan.

"Melalui inisiatif ini diharap dapat menyelesaikan isu lambakan kenderaan buruk dan usang di negara kita," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di samping menjaga kelestarian alam sekitar.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata MOT melalui JPJ bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mengkaji hala tuju jangka panjang bagi menangani pencemaran alam sekitar disebabkan kenderaan usang.

"Ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang. Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan lama.

"Ia juga akan merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara," katanya.

Sumber: Bernama melalui Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, hanya 55 peratus bas Rapid yang masih lagi aktif manakala selebihnya terdiri daripada…
Berita Domestik
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan berkata, masing-masing yang mengendalikan bas…
Berita Domestik
  Menurutnya, model pelaksanaan dan pembiayaan yang hendak digunakan syarikat swasta itu perlu…