MOT akan kerjasama dengan HRD Corp tangani kekurangan pemandu komersial profesional

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk bekerjasama dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi menangani masalah kekurangan pemandu profesional dalam industri pengangkutan kerana ia boleh memberi impak besar kepada industri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bahawa dana telah tersedia untuk menangani masalah kekurangan pemandu dalam industri pengangkutan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Kekurangan ini terutamanya dari segi pemandu-pemandu berhemah dan cukup terlatih untuk memenuhi permintaan pasaran," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2024 pada Khamis.

Anthony seterusnya berkata, MOT menyasarkan untuk melatih lebih ramai pemandu untuk meningkatkan tahap profesionalisme, kesedaran tentang tanggungjawab dan boleh memandu dengan selamat.

"MOT berminat untuk menaik taraf profesion ini kerana ia dianggap sebagai pekerjaan berkemahiran tinggi. Pemanduan trak secara profesional, yang melibatkan penghantaran barangan kepada orang ramai, akan menyaksikan peningkatan latihan untuk pemandu-pemandu profesional ini.

"Pihak berkepentingan industri juga digalakkan untuk bekerjasama dengan kerajaan, dan MOT sedang mengambil langkah proaktif untuk kerjasama ini. Bersama, kita boleh menyusun mekanisme untuk membiayai latihan pemandu-pemandu ini," tambahnya.

Dalam satu kenyataan, MCVE 2024 yang merupakan edisi keenam tahun ini telah bermula pada Khamis di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines.

Ekspo kenderaan komersial pertama dan terbesar yang pernah diadakan di Malaysia ini memfokuskan kepada penyelesaian pengangkutan masa hadapan dengan mempamerkan kenderaan komersial jenama tempatan dan antarabangsa.

Dengan berlatar belakangkan pendigitalan, elektrifikasi dan penggunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pameran ini telah menyaksikan peningkatan dalam bilangan peserta berbanding tahun 2022.

Ekspo ini dibuka selama tiga hari dari 10 pagi hingga 7 malam dengan kemasukan adalah percuma.

Orang ramai boleh melayari www.mcve.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga…
Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…