Morgan Super 3, kereta 3 roda dengan enjin 3 silinder dari Ford

oleh Muhammad Md Tajudin|
Morgan Super 3
Morgan Super 3
Morgan Motor Company adalah syarikat Britain dan diasaskan oleh H.F.S Morgan pada tahun 1910.

Walaupun terkenal dengan kereta tiga roda, Morgan turut mempunyai model dengan empat roda.

Di antara pemilik Morgan tiga roda di negara kita ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang digunakan untuk Kembara Mahkota Johor.

Morgan sekarang ini mempunyai tiga buah model iatu Super 3, Plus Four dan Plus Six. Setiap tahun Morgan mengeluarkan sekitar 850 kereta dengan 70 peratus dieksport ke luar negara.

Model terbaru yang diperkenalkan ialah Morgan Super 3 dengan falsafah reka bentuk baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Morgan Super 3

 

Model ini menggantikan 3 Wheeler dan direka mengikut gayaan model tiga roda era 20-an dengan enjin V berkembar.

Untuk model Super 3, para pereka dan jurutera Morgan mengambil inspirasi dari era jet pejuang dan reka bentuk baharu sepenuhnya sejak model Aero 8 diperkenalkan pada tahun 2000.

Selain itu, aerodinamik dan keperluan mekanikal membawa pengaruh signifikan di dalam bentuk dan perkadaran Super 3.

 

Morgan Super 3

 

Pada tahun 1933, Morgan memperkenalkan model F-Type yang menggunakan enjin Ford atau beralih dari enjin V berkembar.

Kini Ford sekali lagi membekalkan enjin dan Super 3 menggunakan nadi 1.5 liter tiga silinder. Bagi memberikan lebih karakter, enjin itu ditala semula supaya lebih bersesuaian.

Satu lagi perkara menarik enjin Ford tersebut dipadan bersama kotak gear lima kelajuan Mazda sama seperti MX-5.

Kotak gear itu juga sebelum ini digunakan pada 3 Wheeler.

 

Morgan Super 3

 

Dari segi kuasa, Super 3 mempunyai output 118 bhp pada 6,500 rpm dan tork 150 Nm pada 4,500 rpm.

Prestasi pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan tujuh saat (bergantung penilaian akhir) dan kelajuan maksimum ialah 209 km/j.

Jika dilihat pada kuasa memang nampak tidak seberapa namun dari mana datangnya daya pecutan kelajuan maksimum Super 3?

 

Morgan Super 3

 

Jawapannya pada berat kering Super 3 yang hanya 635 kg! Ukuran Super 3 pula tidak besar mana iaitu 3.58 meter dan lebar 1.85 meter.

Berkenaan harga, Super 3 ditawarkan dari £34,958.33 (RM196,753) dan tidak termasuk cukai setempat.

Untuk harga di atas jalan di United Kingdom, Super 3 boleh dimiliki pada £41,995 (RM236,358).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Morgan Super 3