Morbidelli tewaskan pasukan Suzuki dan juarai MotoGP Teruel

oleh SALINA JALIL|
Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli cemerlang apabila menjuarai saingan MotoGP Teruel, semalam.

Ia gelaran kedua buat pelumba dari Itali itu musim ini selepas turut muncul juara di San Marino, bulan lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berjaya mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas tatkala berbaki tiga perlumbaan lagi.

 

Morbidelli bermula di petak kedua tetapi berjaya mendahului perlumbaan selepas Takaaki Nakagami yang bermula di petak hadapan terbabit dengan kemalangan pada pusingan awal.

 

Alex Rins menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan Mir melengkapkan kedudukan podium.

 

Mir kini mendahului Fabio Quartararo dengan kelebihan 14 mata di carta kejuaraan dunia.

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

MotorGP
Kecederaan ini sudah cukup untuk menyebabkan Franco terlepas perlumbaan pada minggu ini, dan beliau…
MotorGP
Pelancaran dalam talian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Prinsipal Pasukan, Razlan Razali diikuti…
Sukan Bermotor
Beliau dijangka memandu bagi pasukan Hyundai Rally Team Italia pada pusingan Rally Monza yang…