Morbidelli raih podium MotoGP, KIP di tangga ke-22 Moto3

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Franco Morbidelli akhirnya menamatkan kemarau podium sejak 2018 selepas merangkul tempat kedua pada perlumbaan MotoGP Dunia di Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brono, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba Itali berusia 25 tahun itu, yang memulakan saingan di petak ketiga, dipintas oleh pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder pada pusingan ke-12 sebelum mengekalkan kedudukan pendahulu untuk merangkul kejuaraan sulung musim ini.

Pelumba Afrika Selatan itu, yang muncul naib juara Moto2 musim lalu, mencatatkan masa 41 minit 38.764s diikuti Morbidelli dan pelumba Perancis, Johann Zarco daripada pasukan Esponsorama Racing, dengan masing-masing ketinggalan +5.266s dan +6.470s di belakang Binder.

Sementara itu, impian rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo, yang menjuarai GP Sepanyol dan GP Andalucia di Litar Jerez, bulan lalu, untuk mencipta kemenangan hatrik tidak kesampaian apabila hanya mampu menduduki tempat ketujuh daripada 18 pelumba.

Beliau menamatkan perlumbaan 21 pusingan itu dengan catatan masa 41’50.591s.

 


Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Racing, John McPhee berjaya menduduki tempat kelima dalam kategori Moto3 Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno, hari ini.

Pelumba Britian berusia 26 tahun itu memulakan saingan di petak ke-18 sebelum mencatatkan masa 39 minit 06.879 saat, hanya  0.509s di belakang pelumba Itali, Dennis Foggia daripada Leopard Racing yang merangkul kemenangan sulung musim ini.

Pelumba Sepanyol, Albert Arenas  daripada pasukan Gaviota Aspar di tempat kedua dikuti pelumba Jepun, Ai Ogura daripada Honda Team Asia, masing-masing dengan perbezaan 0.205s dan 0.251s. di belakang juara.

Pencapaian tersebut menyaksikan McPhee kini menduduki tangga ketiga keseluruhan kategori Moto3 dalam carta kejuaraan Dunia MotoGP dengan mengumpul 51 mata selepas empat perlumbaan.  

 


Rakan sepasukan McPhee, Khairul Idham Pawi yang dikenali KIP menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 dengan catatan masa  39’30.136s.

Bagaimanapun, pelumba itu bersyukur mampu menamatkan perlumbaan walaupun bergelut dengan kecederaan jari yang dialami dalam sesi kelayakan semalam.

Dalam perlumbaan Moto2, pelumba Petronas Sprinta Racing Xavi Vierge dari Sepanyol berjaya mengumpul empat mata selepas menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 25 pelumba dengan mencatatkan masa 39’32.957s.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Jake Dixon dari United Kingdom, gagal menamatkan perlumbaan apabila jenteranya mengalami masalah teknikal pada baki 10 pusingan.

Sumber: Bernama 1, 2

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…