Moratorium: BNM tidak buat U-turn tapi isu tak diterangkan dengan jelas walaupun selepas sebulan.

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya satu Malaya kecoh kerana isu moratorium pinjaman kenderaan yang akan dikenakan faedah.

Namun seperti apa yang pernah ditulis oleh kebanyakan media, ia bermula apabila pihak bank mula mengumumkan mereka tidak akan mengenakan "compounding interest" atau "accrued interest" atau "faedah terakru" terhadap beberapa jenis pinjaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menyebabkan ramai pihak, termasuk Careta sendiri beranggapan pinjaman sewa beli kenderaan juga tidak akan dikenakan faedah.

Selepas sebulan, siaran akhbar dan ulasan dari beberapa portal kewangan berkaitan isu moratorium  pinjaman kenderaan sewa beli ini kembali bangkit.

Nampaknya Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak membuat sebarang pusingan U, cuma mungkin cara penyampaian tidak begitu difahami ramai. 

Menurut siaran akhbar BNM semalam, peminjam tidak perlu untuk menghubungi bank jika mereka mahu mengambil moratorium.

Salah faham timbul bila BNM menyatakan pihak bank perlu memastikan pelanggan mereka diberikan penerangan yang jelas mengenai perubahan pembayaran dan tempoh pembayaran akibat moratorium.

 

 

Bermula pada hari ini (1 Mei), peminjam skim sewa beli kenderaaan dan juga skim pinjaman Islamik dengan kadar tetap akan menerima SMS, email atau surat berdaftar dari pihak bank untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melengkapkan proses moratorium.

Pihak bank perlu menerangkan apa yang berubah, seperti contohnya tempoh pembayaran, dan juga bayaran bulanan kerana faedah yang terkumpul selepas tempoh enam bulan moratorium dan berapakah jumlah bayaran ansuran yang baharu.

Dalam erti kata lain, akibat moratorium, perjanjian sewa beli atau akad pinjaman dahulu perlu diubah. 

Mereka yang tidak mahu mengambil moratorium pula boleh memberitahu pihak bank akan hasrat mereka. 

Berkaitan pembayaran faedah semasa tempoh enam bulan moratorium, kajian Careta mendapat BNM tidak pernah berkata secara hitam putih bahawa tidak ada sebarang faedah akan dikenakan.

 

 

Dari kajian Careta, ramai pakar-pakar kewangan berkata pengambilan moratorium bagi pinjaman sewa beli kenderaan itu masih berbaloi sekiranya anda benar-benar memerlukannya.

Ramai yang berkata pecahan bayaran faedah itu akan hanya memberikan penambahan yang minimum kepada ansuran bulanan (hanya untuk pinjaman sewa beli automotif).

Walaupun BNM menjadi mangsa keadaan, ia juga perlu lebih prihatin dalam bab ini kerana:

- Kebanyakan bahan-bahan dari pihak perbankan (dan juga dari industri insurans) menggunakan bahasa yang tidak difahami ramai bila ia ditulis secara rasmi. Ini menyebabkan ramai yang salah faham. Mungkin pihak BNM boleh membuat unit komunikasi untuk berhubung dengan pemilik-pemilik portal seperti apa yang beberapa agensi kerajaan lain lakukan kerana dunia informasi media sudah lama berubah wajah.

- Ramai pelanggan yang merungut tidak dapat menghubungi bank mereka untuk keterangan lanjut. Mungkin pihak bank boleh membantu dalam isu ini, contohnya, bukakan platform soal balas melalui medium lain seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Ramai yang terkejut kerana isu ini ditimbulkan lebih dari sebulan. Jika ia diterangkan dengan tepat dari hari pertama lagi, kami rasa masalah ini tidak akan wujud.

* Di bawah pautan untuk memuat turun siaran media oleh Bank Negara dan oleh Persatuan Bank-Bank Malaysia.

Siaran Akhbar Bank Negara bertarikh 30 April 2020

Siaran Akhbar AIBIM bertarikh 30 April 2020

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari penalti dalam bentuk kewangan, MyCC juga mengarahkan pihak terbabit supaya berhenti dan…
Berita Domestik
Ini berlainan dengan kepercayaan ramai bahawa kadar faedah tidak akan dikenakan dalam tempoh enam…