Moratorium: Bank masih perlukan kebenaran dari peminjam

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak pelanggan bank yang mahu mengambil moratorium masih perlu memberikan kebenaran secara rasmi walaupun tawaran itu secara rasmi bermula pada 1 April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini ialah apa yang dikatakan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

"Di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan juga perundangan Shariah, kesemua peminjam perlu memberikan kebenaran kepada pihak bank jika ada sebarang perubahan pada dasar atau akad pinjaman," ujarnya.

Beliau kemudian menerangkan lagi bahawa kebenaran dari pihak peminjam diperlukan untuk kebaikan mereka juga supaya sebarang perubahan pada pinjaman akan diketahui oleh mereka.

Pemberian moratorium 6-bulan itu akan menyebabkan pinjaman sewa beli berubah, contohnya dari 60 bulan kepada 66 bulan.

Bank Negara Malaysia berkata cara meminta kebenaran pula boleh dilakukan melalui sistem mesej SMS, email atau surat berdaftar.

Pelanggan tidak perlu keluar beratur ke bank masing-masing untuk memberitahu berkaitan moratorium, kecuali jika mereka sudah menukar alamat kediaman dan nombor telefon mereka.

Tengku Zafrul pada bulan lalu mengumumkan bahawa semua pihak bank sudah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang tambahan faedah atau caj keuntungan ke atas tawaran moratorium selama enam bulan itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…
Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian…