Menurut ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tidak ada syarat yang akan dikenakan dan tidak ada semakan untuk menentukan samada peminjam mengalami pengurangan atau telah hilang pendapatan.
Beliau berkata peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Usaha kerajaan dengan kerjasama pihak bank ini juga akan ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, tetapi tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
Permohonan moratorium akan dibuka pada 7 Julai 2021 dan peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
Tidak ada sebarang informasi lanjut diberikan.