Monopoli PUSPAKOM tamat 1 September 2024 - MOT

oleh Mohamad Hanif|
Jemaah Menteri sebulat suara memutuskan untuk menghentikan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebagai penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta memenuhi syarat yang ditetapkan selepas konsesi semasa PUSPAKOM tamat pada 31 Ogos 2024.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses pelawaan kepada pihak yang berminat dalam menyediakan perkhidmatan akan dibuka selewat-lewatnya suku pertama 2024, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang lebih berdaya saing dan memudahkan rakyat.

Jelasnya lagi, pihak kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menetapkan beberapa aspek seperti syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan itu.

Namun begitu, perjanjian konsesi PUSPAKOM akan dilanjutkan oleh kerajaan untuk tempoh 15 tahun lagu berkuat kuasa 1 September 2024 dengan menambahbaik terma perjajian sedia ada.

"Keputusan ini mengambil kira bahawa pihak PUSPAKOM telah menjalankan fungsi pemeriksaan terbabit bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.

Jelasnya lagi, beberapa penambahbaikan perlu dibuat oleh PUSPAKOM termasuklah pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala, bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan.

Antaranya termasuklah memodenkan proses pemeriksaan dengan penggunaan teknologi tinggi, meningkatkan tahap kompetensi kakitangan, menambah baik proses tempahan dan aduan serta memasang sistem CCTV untuk tujuan kawalan dan pemantauan masa sebenar.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Touch 'n Go telah beroperasi sejak…
Berita Domestik
Ketua kumpulan pemandu ‘E-hailing’ menyifatkan bahawa garis panduan terbaru oleh Kementerian…