Mohon saksi kemalangan maut di BORR tampil ke balai polis berdekatan

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut di Kilometer 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth membabitkan sebuah kereta dipandu individu mabuk, Selasa lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang melihat kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

 

Katanya, orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abdul Aziz di talian 018-2881424.

 

“Mereka juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di talian 04-5741421 atau balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua sahabat maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu kereta berusia 47 tahun dipercayai mabuk.

 

Mangsa dikenali sebagai penunggang Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, dan rakannya yang membonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman, 19, dari Paya Keladi Hujung, Kepala Batas.

 

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dalam kemalangan kira-kira jam 11.59 pagi itu, treler terbabit dalam perjalanan dari Setia Alam…