Mohd Shahril, Juara Velocity Esport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019

oleh SALINA JALIL|
Acara kemuncak Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur (Centre Court) semalam dan telah menyaksikan seramai 40 peserta layak menggalas cabaran untuk berentap di dalam pusingan akhir acara perlumbaan Esport terbesar di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

UMW Toyota Motor (UMWT) menjadi syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan aktiviti sukan elektronik di sini sejak tahun lalu. UMWT sekali lagi menganjurkannya bagi edisi tahun ini memandangkan maklum balas dan sambutan yang diterima begitu menggalakkan daripada peminat-peminat ESport, .

 

Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 menyaksikan seramai 700 peserta telah bersaing sesama sendiri di dalam pusingan kelayakan yang diadakan secara masa-nyata bertempat di Cove ESport Hub, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor pada 31 Ogos, serta 1,14 dan 15 September.
 

 

 

Tahun ini, semua pemenang akan berkongsi tawaran hadiah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000:

 

Juara — RM20,000
Naib Juara — RM10,000
Tempat Ketiga — RM5,000
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 — RM2,000 setiap satu
Tempat Ke-11 hingga Ke-20 — RM1,000 setiap satu

 

Turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah produk permainan video elektronik bernilai RM11,000.

 

 

Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) menjadi pelengkap kepada aktiviti sebenar dan berprestasi anjuran Toyota yang lain, antaranya termasuk perlumbaan litar jalanan Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung empat kali setahun di beberapa lokasi di seluruh negara.

 

pic

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, "Di dalam era digital kini, tidak hairan sukan elektronik atau ESport menjadi sebuah industri yang semakin pesat berkembang, tidak hanya di Malaysia tetapi juga diperingkat global. Ia melibatkan jiwa generasi yang membesar di dalam zaman digital ini yang akrab dengan permainan video serta simulator perlumbaan". 

 

 

"Untuk itu, penglibatan Toyota di dalam ESport melalui Gazoo Racing dirasakan satu cara yang ideal kepada jenama ini untuk mempamerkan sisi sporty dan dinamiknya. Tahun lalu, kami berasa sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada khalayak terhadap penganjuran kali pertama acara berkenaan. Dan, tahun ini ia menjadi bertambah meriah," tambah beliau lagi.

 

 

 

Semua peserta menggunakan jentera Toyota GR Supra 2019, kereta flagship terbaru keluaran Toyota  yang dibangunkan tidak hanya bagi kegunaan sukan permotoran sebenar, tetapi juga boleh dimanfaatkan dalam pertandingan Gran Turismo ESport.

 

 

Tahun ini, peserta akan berlumba di sekitar Fuji Speedway, Jepun yang merupakan sebuah litar terkenal dengan laluan sepanjang 1.475 km serta melibatkan satu laluan lurus yang terpanjang di dunia. 10 peserta akhir pula akan berentap sesama sendiri di dalam perlumbaan 10-pusingan di dalam tiga litar terbaik melibatkan Kyoto Driving Park, Suzuka Circuit dan Fuji Speedway.

 

 

Tiga pemenang yang telah berjaya dan membawa pulang hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah:-

 

1. Mohd Shahril Bin Nindar - Juara
2. Muhammad Uzair Bin Abdul Nasir - Naib Juara
3. Mohammad Afif Bin Suhaimi - Tempat Ketiga

 


Mohd Shahril berkata, "Saya tidak menyangka akan menjuarai Toyota GR Velocity ini kerana saingan yang diberikan dari pelumba Top 10 yang lain amat sukar. Saya bersyukur kerana mengambil bahagian dan berjaya sehingga menjuarai kejuaraan ini walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal semasa berlumba".    

 

 

pic 2

 


Thrustmaster® menjadi pembekal simulator perlumbaan T-GT terbaik untuk Gran Turismo Sport bagi Kejuaraan Velocity Esport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 ini, dan juga untuk permainan  maya Gran Turismo akan datang. Simulator perlumbaan ini mempunyai teknologi dan memberikan pemanduan dinimik yang mirip seperti mana yang ada pada Toyota GR Supra.

 

Untuk maklumat berkaitan senarai peserta dan pemenang Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019, layari laman web https://toyotavelocity.com/.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara yang berlangsung selama dua hari di ibu pejabat UMW Toyota Motor Sdn Bhd Shah Alam itu turut…
Berita Domestik
Berdasarkan sambutan yang cukup hangat daripada peserta dan juga orang ramai, UMWT berbesar hati…