Menurutnya, kawasan itu sudah terdapat dua pemecah ombak di kawasan berkenaan dan ia akan ditambah baik selepas ini.
"Bagi kerja-kerja mengorek pasir dan mendalamkan pelabuhan LKIM Chendering ini juga sudah dilakukan membabitkan peruntukan kerajaan Terengganu sebanyak RM3 juta.
"Justeru, kita harap selepas kerja-kerja menaiktaraf ini siap sepenuhnya ia sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang berlaku kepada nelayan terutama kepada bot-bot besar," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke projek pembinaan vesel penangkapan ikan moden (C2) MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd Pulau Duyung, di Kuala Terengganu, pada Sabtu.
Mohamad berkata, pihaknya juga difahamkan nelayan berdepan masalah apabila terpaksa bergilir-gilir untuk keluar masuk ke pelabuhan terbabit akibat muara cetek.
Menurutnya, disebabkan itu juga terdapat bot besar tidak dapat memasuki dan berlabuh masuk ke pelabuhan LKIM Chendering.
"Malah, untuk kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara sungai berkenaan juga memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta.
"Kita juga berharap pelabuhan LKIM Chendering akan kembali aktif terutama kemasukan semula bot-bot besar seperti mana sebelum ini untuk aktiviti pendaratan ikan," katanya.