MOF, PLUS akan berbincang tambah lorong laluan Yong Peng-Skudai

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Twitter Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan pertemuan dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berhubung penambahan lorong lebuh raya membabitkan laluan Yong Peng-Skudai pada minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penambahan lorong daripada empat kepada enam lorong itu antara fokus kerajaan negeri terutama dalam mengatasi kesesakan, akibat pertambahan kenderaan.

"Ini juga adalah permintaan ramai rakyat berikutan kesesakan lalu lintas lebuh raya itu di antara Yong Peng-Skudai adalah masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

"Kita lihat dari Melaka ke Seremban sudah ada enam lorong, manakala dari Seremban ke Kuala Lumpur sudah ada lapan lorong.

"Namun Johor cuma ada empat lorong sedangkan negeri itu memberikan sumbangan yang begitu besar kepada kekayaan dan pendapatan negara," katanya.

"Pertemuan antara MOF dan PLUS itu bukanlah pengumuman berhubung pertambahan lorong di laluan lebuh raya di negeri ini akan bermula. Namun ia adalah perbincangan awal yang akan memberi pemberat kepada cadangan yang sekian lama dibuat Johor.

"Sekiranya tidak ada perbincangan lanjut, seolah-olah perkara itu akan berlalu begitu sahaja dan tidak ada sebarang pemberat kepada cadangan yang penting untuk merealisasikan permohonan Johor itu," katanya.

Difahamkan, sebelum ini kerajaan Johor berulang kali memohon penambahan lorong bagi laluan Yong Peng ke Skudai kepada enam lorong, berikutan kesesakan yang sering kali berlaku di sepanjang laluan 70 km itu.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…