MoF - Kerajaan kekalkan subsidi RON95, naikkan bantuan Budi diesel kepada RM300 sebulan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kerajaan Madani mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai Budi Diesel kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat walaupun harga pam petrol RON95 dan diesel meningkat susulan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat Malaysia melalui inisiatif subsidi bersasar Budi Madani serta bantuan tunai tambahan, tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api ini berlaku susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat berikutan serangan ke atas Republik Islam Iran.

Pada 9 Mac, harga minyak Brent telah mencecah AS$119 setong sebelum kembali turun kepada sekitar AS$90 setong, namun keadaan pasaran kekal tidak menentu.

Bernama

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setakat ini maklum balas yang kita terima ialah dari segi pelaksanaannya berjalan lancar sama ada…
Berita Domestik
"Ini merupakan peluasan ketara berbanding Budi Diesel Individu sebelum ini, yang hanya melibatkan…
Berita Domestik
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan dibuat selepas kerajaan…