MOF menjelaskan diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penjanaan elektrik dan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.
"Kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi mencabar mengehadkan akses jalan raya, oleh itu penduduk bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda.
"Liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar, jadi, diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian," menurut MOF menerusi hantaran di akaun Facebook pada Rabu.
MOF memaklumkan penggunaan diesel sekitar dua bilion liter dengan harga dikekalkan pada RM2.15 seliter bagi menyokong keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar memberi penekanan kepada keperluan pengguna dan prinsip kesamaratan bagi memastikan keberkesanan agihan kepada rakyat Malaysia, tambah kementerian itu.