Modifikasi Toyota Crown Crossover gaya VIP oleh Aimgain

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keenam belas Toyota Crown yang muncul pada pertengahan tahun yang lalu menimbulkan perasaan tanda tanya memandangkan ia tidak lagi membawakan bentuk badan sedan yang tipikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebaliknya, ia wujud dalam versi crossover sedan liftback (atau fastback) yang menggandingkan bentuk badan sedan dan jarak kelegaan tanah yang tinggi seakan SUV.

Sebuah syarikat penala dari Jepun, Aimgain berazam untuk menghilangkan elemen SUV yang ada pada Toyota Crown Crossover ini dengan menawarkan kit badan gaya VIP yang lebih sporti.
 

aimgain


Ia menampilkan sistem suspensi yang telah direndahkan, diikuti dengan penampilan plastik pelindung arka roda, cladding sisi dan cladding bampar mengikut warna badan.

Aimgain turut menambah lip hadapan, skirt sisi, serta penambahan pada bahagian bampar belakang dengan tip ekzos berwarna krom dan diffuser yang minimum.

Penampilan Crown Crossover yang sangat sporti ini disudahi dengan pemasangan rim Aimgain GTM-CV dan set angkup brek merah daripada Aimgain.

Baca: Toyota Crown Crossover 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…