Modifikasi khas Toyota Hiace untuk angkut pesakit kritikal COVID-19 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, sebagai salah sebuah syarikat gergasi global, Toyota Motor Corporation tidak turut ketinggalan menghulurkan tangan membantu kerajaan menangani penularan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat tersebut sebelum ini telah pun membekalkan pelindung muka serta 11 buah kenderaan untuk mengangkut pesakit COVID-19 yang merangkumi kawasan Tokyo, Chiba Prefecture dan Miyagi Prefecture.

Terbaharu, Toyota kini mendermakan sebuah Toyota Hiace yang telah dimodifikasi menjadi kenderaan pengangkut pesakit kritikal COVID-19, dan ini merupakan kenderaan pertama Toyota yang direka untuk tujuan tersebut kepada Showa University Hospital, Tokyo.

Hiace khas ini menampilkan sistem kawalan peredaran udara yang menghalang percampuran udara daripada kabin pemandu dengan kabin belakang.

Ia menempatkan sebuah penghadang yang dipasang dengan kipas yang berterusan menyalurkan udara ke ruang belakang bagi menghalang udara yang tercemar daripada memasuki kabin hadapan.

Sehingga artikel ini ditulis (01/05/2020), Jepun ketika ini mempunyai kes jangkitan sebanyak 14,516 orang, dengan 3,466 orang sudah pun sembuh sepenuhnya manakala angka kematian pula dicatatkan seramai 466 orang.

Di Utara Jepun pula, disebabkan penamatan tempoh berkurung terlalu awal, kepulauan tersebut terpaksa mengumumkan darurat akibat peningkatan kes gelombang kedua.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…
Berita Global
Jawatan itu kini disandang oleh bekas CEO Lexus dan bos Toyota Gazoo Racing, iaitu Koji Sato,…
Berita Global
Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen…