Modifikasi Jimny dari Dubai seakan sebuah G 63 AMG

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny kini boleh dikatakan sebagai salah sebuah kereta moden yangi ikonik dan paling berjaya pernah dihasilkan oleh Suzuki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kami pernah memaparkan beberapa konsep modifikasi yang diperkenalkan oleh firma talaan seperti Black Bison (Wald), Little D dan Little G (DAMD), Jimny G-Wagen (Liberty Walk) serta firma penala yang tidak diketahui namanya yang berasal dari China

Sementara sesetengah daripadanya nampak pelik, ada yang berjaya mentransformasikan Suzuki Jimny menjadi sebuah mini G-Wagen sebenar. 
 


Kali ini, model konsep yang dibawakan tidak berasal dari Jepun, akan tetapi berpengkalan di Tanah Arab!

Fast Car Service dari Dubai merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam membangunkan produk-produk aftermarket dan apabila sebuah Jimny berada di dalam tangan, mereka tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk mengubahnya menjadi sebuah G 63.

Pakej menyeluruh yang ditawarkan (untuk luaran) termasuklah arca roda, bull bar, serta lampu membelok diambil secara terus daripada G-Class manakala lampu utama pula - anda teka - diperoleh daripada Jeep Wrangler. 
 


Lampu belakang yang diintegrasikan dengan bumper turut didatangkan daripada G-Class, dan untuk memudahkan pemandu, sistem kamera dipasang pada pelindung tayar simpanan di bahagian belakang. 

Selain daripada itu, Jimny juga turut menerima sistem ekzos original AMG berkembar yang keluar di bahagian sisi, namun hanya satu sahaja yang berfungsi mengalirkan gas-gas pembakaran. 

Walaupun tanpa bunyi V8 G 63, Jimny G 63 ini mampu menghasilkan bunyi enjin empat silinder 1.5 liter yang boleh tahan juga jika didengar dengan lebih dekat. 
 


Set rim 18 inci daripada G-Class digunakan secara terus pada Jimny ini sekaligus menampakkan Jimny ini seakan sebuah G-Class sejati yang lebih kecil. 

Fast Car Service menawarkan harga pakej keseluruhan bernilai $12,250 (RM50,285) - tidak termasuk sebuah Jimny - bagi membolehkan anda memandu sebuah Jimny yang lebih cool di atas jalan raya. 

Saksikan video reviu yang dibuat oleh ArabGT untuk Suzuki Jimny G 63 ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…