Modifikasi "Civiche EG911" ini kelihatan seperti keluar dari dunia permainan video GTA

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Dunia modifikasi merupakan satu cabang yang luas dalam industri permotoran seluruh dunia, ianya merangkumi pelbagai aspek pada kereta dari ubah suai enjin hinggalah penampilan kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda sendiri terlibat atau mengikuti suasana dunia modifikasi, sudah tentu anda pernah melihat pelbagai jenis ubah suai yang menarik dan juga pelik.

 

2

 

Seperti modifikasi badan yang telah dihasilkan pada sebuah Civic EG hatchback milik lelaki dari Thailand ini, sememangnya dapat menarik tumpuan dan menimbulkan persoalan.

Apabila dilihat dari bahagian tepi, anda sememangnya akan nampak rupa asal sebuah Civic EG hatchback yang menjadi kegilaan jejaka seluruh dunia, namun bahagian depan dan belakangnya telah diubah sepenuhnya dengan modifikasi yang sukar diterima akal.

 

3

 

Bahagian depan Civic tersebut telah ditukar menggunakan komponen seperti fender, bonet, bumper dan lampu yang memberikannya rupa seakan Porsche 993.

Pada bahagian belakang pula, ianya turut menggunakan lampu berbentuk bulat dengan bahagian nombor plat ditutup, menghilangkan rupa asal EG hatchback yang 'seksi'.

 

4

 

Bahagian sisi turut ditambah dengan fender lebih lebar, memberikannya rupa yang lebih kembang. Menurut satu hantaran di Instagram, kereta dengan modifikasi yang diberi nama 'Civiche 911' itu tersedia untuk dijual.

Pada penulis, tidak semua modifikasi atau ubah suai itu wajar dilakukan walaupun anda memiliki duitnya, seperti Civic EG Hatchback ini, rupa asalnya sudah mencukupi bagi jejaka bujang dan tidak bujang untuk memikat hati wanita di luar sana.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…